“Kamu tidak akan mendapati di kalangan manusia yang paling tamakkan
kehidupan dunia melebihi daripada golongan musyrikin (yang menyembah
patung sapi). Setiap dari mereka mahu diminta diberikan kehidupan selama
seribu tahun (di dunia ini), tetapi kehidupan selama itu tidak akan
menyelamatkan diri daripada azab.
Allah melihat apa yang mereka lakukan” [TMQ al-Baqarah (2):96].
Ayat ini ditujukan kepada kaum Yahudi yang mana ayat sebelumnya [TMQ
al-Baqarah (2):92-95] mengisahkan kaum Bani Israel yang dipimpin oleh
Nabi Musa as. yang telah diselamatkan daripada Firaun oleh Allah
setelah menyeberangi Laut Merah dan menetap di semenanjung Sinai, tetapi
kemudiannya menyembah patung sapi (lembu) lalu menjadi musyrik. Ini
memberitahu kita bahawa kaum Yahudi sangat tamakkan kehidupan dunia, dan
mereka akan meminta kehidupan selama seribu tahun dengan sifat tamak
mereka. Sekiranya cintakan dan tamakkan dunia, maka ini bererti mereka
takutkan mati, dan tidak mahu berperang ke jalan Allah dalam menegakkan
kalimah Allah yang dibawa oleh Nabi Musa as., sebab kematian bererti
akhirnya kehidupan dunia buat selama lamanya. Tidak pernah kita dengar
di dalam tentera Israel terdapat skuad pengebom berani mati.
“Katakanlah: Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang
yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu di sisi
Allah, iaitu orang-orang yang dikutuk dan dimurkai Allah, di antara
mereka (ada) yang dijadikan monyet dan babi” [TMQ 5:60].
”Dan tanyakanlah kepada Bani Israel tentang negeri yang terletak
dekat laut ketika mereka melanggar peraturan pada hari Sabtu (Sabbath),
di waktu datang kepada mereka ikan-ikan mereka terapung di permukaan
air, dan di hari-hari yang bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang
kepada mereka. Demikian Kami mencuba mereka disebabkan mereka berlaku
fasik” [TMQ al-A’raf (7):163]
”Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka
dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepadanya, Jadilah kamu monyet
yang hina”. [TMQ al-A’raf (7):166].
Ayat-ayat di atas adalah mengenai kaum Yahudi yang melanggar peraturan
pada hari Sabbath (Sabtu) dan pergi menangkap ikan pada hari tersebut.
Mereka ini terkenal dengan kaum yang sentiasa melanggar perintah Allah
dan mereka ini dilaknat oleh Allah dan ditukar menjadi monyet dan babi.
Di dalam sejarah Daulah Islam, tidak pernah ada peperangan di mana kaum
Yahudi menyerang umat Islam dan kaum Yahudi menang. Di dalam perang
Khandaq contohnya, kaum Yahudi Bani Quraizah di Madinah menjadi pembelot
dan berserta dengan kaum musyrikin dari Makkah untuk memerangi umat
Islam di Madinah pada masa itu. Kesemua kaum Yahudi yang ada dikalahkan
oleh tentera Islam dan sebagai hukuman, mereka dihalau keluar dari
tempat mereka masing-masing.
Setelah Daulah Khilafah diruntuhkan pada tahun 1924, barulah kaum Yahudi
‘berjaya’ dalam peperangan mengalahkan tentera Arab di Timur Tengah dan
mendirikan negara Israel pada tahun 1948. Diikuti dengan perang pada
1956, di mana Mesir mengusir Perancis, Britain dan Israel daripada
Terusan Suez, tetapi ini disebabkan oleh tekanan Amerika Syarikat
terhadap Britain dan Perancis. Dalam perang ini, Jamal Abdul Nasser
dilihat sebagai wira nasionalis Arab, sehinggakan semasa pengebumian
Nasser, seramai 4 juta penduduk telah keluar dari bandar Kaherah
menghadiri pengebumiannya.
Kemudian berlaku perang 1967 dan 1973 atau dinamakan Perang Yom Kippur,
di mana sekali lagi Israel mengalahkan Mesir dan sekali gus menjelmakan
imej bahawa Israel tidak dapat dikalahkan. Tetapi perlu diingatkan
bahawa perang-perang tahun 1956, 1967 dan 1973 berlaku bukanlah perang
jihad untuk membebaskan Palestin daripada penguasaan Yahudi. Dan memang
benar perang tersebut bukanlah perang jihad untuk membebaskan bumi umat
Islam daripada penguasaan Yahudi, sebab sekiranya tentera negara-negara
Arab tersebut berjihad menentang Israel maka mereka akan dilabel sebagai
terroris, sebab jihad adalah perkataan yang paling ditakuti oleh
golongan kafir harbi.
Mohammed Heikal di dalam buku tulisannya yang bertajuk “The Road to
Ramadhan”, mempunyai makna yang mengatakan peperangan tahun 1967 dan
1973 bukanlah jihad untuk membebaskan Palestin tetapi mempunyai objektif
nasionalisme Arab. Perang tersebut telah menyaksikan tentera Mesir
telah berjaya menjangkaui tembok Bar Lev di Semenanjung Sinai yang
dibina oleh Israel setelah dirampas oleh Israel dalam peperangan 1967,
yang dikatakan sebagai tembok kebal yang dikawal oleh tentera Israel
tidak akan berjaya dijangkaui oleh mana-mana ketenteraan. Kemaraan
tentera Mesir yang melakukan serangan kilat pada tahun 1973 dan
menjangkaui tembok Bar Lev adalah di luar dugaan sama sekali. Keadaan
ini telah menjadikan Israel kucar-kacir dan cemas, sebab mereka
memikirkan bahawa tentera Mesir akan mara sampai ke Tel Aviv setelah
berjaya melangkah tembok tersebut. Tetapi pengkhianatan beberapa
pemimpin Mesir yang mengarahkan tentera mereka berpatah balik telah
mengakibatkan tentera Israel berjaya memukul tentera Mesir yang berpatah
balik itu dengan kapal terbang pengebom. Hal ini menyebabkan ramai
tentera Mesir terbunuh di dalam peperangan berkenaan.
Kini dunia Islam ditakutkan bahawa tentera Israel adalah kuat kerana
disokong oleh US yang dikatakan kebal dan tidak boleh dikalahkan,
walaupun ada jutaan umat Islam yang mahu mempertaruhkan nyawa mereka
untuk berjihad melawan Israel. Di Iran sahaja, dilaporkan bahawa sudah
lebih daripada 20,000 orang pelajar telah mendaftarkan diri mereka
sebagai pengebom berani mati untuk melawan Israel. Semasa ancaman US
terhadap Iran disebabkan oleh program nuklear Iran, lebih daripada satu
juta pemuda dan pemudi di Iran telah menawarkan diri untuk menjadi
pengebom berani mati untuk melawan US sekiranya US menyerang Iran.
Tetapi disebabkan setiap negara tidak mahu dilabel sebagai negara
pengganas oleh US dan sekutunya, maka pemerintah yang khianat tidak
membenarkan seorang sukarelawan mahupun tentera mereka untuk pergi ke
Israel.
Strategi perang US dan Israel ke atas umat Islam adalah sama sahaja.
Semasa perang Iraq lepas, setelah sekatan ekonomi selama lebih daripada
10 tahun ke atas Iraq dan juga pemusnahan senjata pemusnah besar-besaran
di Iraq oleh United Nations, barulah US berani melancarkan perang untuk
menawan Iraq dalam pada bulan Mac 2003. US mengetahui bahawa Iraq telah
lama tersepit oleh kekurangan bekalan makanan dan ubatan, dan
pemusnahan segala jet-jet pejuang dan senjata pemusnah besar-besaran
telah dilakukan oleh badan dunia UN, maka kerana inilah US berani
melancarkan perang ke atas Irak.
Juga pada tahun 2001, US melancarkan perang menawan Afghanistan, US
telah lama mengetahui bahawa Afghanistan tidak mempunyai apa-apa
infrastruktur perang seperti kilang membuat senjata berat, pusat
simpanan senjata dan lain-lain. Ini menjadikan US begitu berani
menyerang dan menawan dua negara Muslim yang ’lemah’ dan dilemahkan
iaitu Iraq dan Afghanistan. Lagipun Pakistan telah membenarkan US
menggunakan ruang udaranya untuk melancarkan serangan terhadap
Afghanistan pada masa itu.
Kini, Israel pula melancarkan perang ke atas Gaza, setelah Gaza disepit
oleh kekurangan makanan dan bekalan ubat-ubatan sejak sekian lama.
Sedikit sebanyak strategi ini sama dengan strategi US menawan
Afghanistan dan Irak pada tahun-tahun 2001 dan 2003.
Pendudukan tentera Israel di selatan Lebanon selama beberapa tahun telah
gagal menghancurkan tentera Hizbullah, dan Israel terpaksa keluar dari
selatan Lebanon pada tahun 1999. Pengeboman oleh jet-jet pejuang Israel
di Qana’a , Lebanon juga telah gagal menghancurkan tentera Hizbullah.
Pada tahun 2006 pula mereka melancarkan pengeboman ke atas Lebanon dan
kali ini diikuti serangan darat bagi menceroboh bumi Lebanon untuk
menghancurkan Hizbullah sekaligus. Tentera Lebanon tidak membantu
Hizbullah dalam peperangan ini, selain daripada mengeluarkan mayat-mayat
daripada timbunan runtuhan bangunan dan menghantarkan penduduk yang
cedera ke hospital.
Dikatakan juga, di kalangan tentera Hizbullah, terdiri daripada orang
awam seperti pembuat roti, pekedai, pekerja restoran, pelajar kolej,
pemandu teksi dan lain-lain yang sukarela berjihad melawan tentera
Israel ketika itu. Setelah tentera Israel mengalami kehilangan jiwa
anggotanya yang ramai, mereka terpaksa berundur dari selatan Lebanon
sekali lagi. Selepas perang itu, terdapat suatu pungutan suara di
kalangan negara-negara Timur Tengah, yang telah meletakkan Hassan
Nasrallah, pemimpin Hizbullah sebagai pemimpin yang paling dikagumi di
rantau Timur Tengah. Setelah peperangan tersebut berakhir, beberapa
pegawai tentera Israel telah meletak jawatan di atas kegagalan tersebut.
Setelah menyedari kejayaan tentera Hizbullah yang berjihad
mempertahankan Lebanon daripada pencerobohan tentera Israel, maka
Hizbullah dilabel sebagai puak terroris sebagai propaganda US di dalam
perang menentang keganasan atau “War on Terror”.
Justeru, sekiranya tiada pengkhianatan dari kalangan pemerintah umat
Islam sekarang kepada Allah, RasulNya dan kaum Mukminin, telah lama
Amerika dan Yahudi ini hancur diperangi oleh tentera-tentera umat Islam.
Selain daripada perintah menyediakan keupayaan ketenteraan
sekuat-kuatnya di dalam surah al-Anfaal ayat 60, Allah juga berfirman di
dalam Al-Quranul Kareem:
“Wahai Nabi, kobarkanlah semangat para mukmin itu untuk berperang.
Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat
mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang
sabar) di antaramu, mereka dapat mengalahkan seribu daripada orang-orang
kafir, disebabkan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti” [TMQ an-Anfaal (8):65].
Namun ternyata, pemerintah yang ada tetap berpegang kepada hukum kufur
dan tetap membelakangkan hukum Allah. Sungguh azab Allahlah yang paling
layak bagi mereka dan mereka pasti akan mendapatkannya.
Wallahu a’lam.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar